DIA sudah melalui semuanya. Apa yang Erra Fazira lalui, apa yang Siti
Nurhaliza tempuhi dan apa jua yang Ning Baizura kecapi, semuanya sudah
lama dirasai bintang yang bernama Fauziah Datuk Ahmad Daud. Malah
janganlah seseorang pelakon itu berani menggelarkan dirinya sebagai
pelakon kalau dia sendiri tidak kenal siapa Ogy Ahmad Daud. Hakikatnya,
dekad 1980-an dan awal 1990-an pernah menjadi zaman kegemilangannya
kerana dialah ratu filem Melayu dan mencipta fenome na dan 'kezutan'
menerusi Azura, Puteri dan Ali Setan.
Disebabkan popularitinya itulah juga Ogy sering digandingkan dengan nama
besar dalam dunia seni seperti Jamal Abdillah, Azmil Mustapha, M Nasir
dan bekas suaminya, Eman Manan. Bukan itu saja, dia juga pernah digilai
ramai VVIP dan kerabat diraja namun semua itu tidak pernah mengubah
pendirian hidupnya sebagai gadis biasa dan anak wayang.
Mungkin bidang nyanyiannya tidak sehebat lakonan tetapi Ogy tetap
dikenali dengan lagu pop dan balada seperti Simfoni Kasih, Gerhana,
Pelayaranku, Bila Bunga- Bunga Berguguran selain Kisah Cinta yang kini
kembali menghiasi telenovela popular Dalam Hati Ada Cinta. Terbukti
lagunya juga mampu menjadi evergreen.
Kontroversi dan pelbagai isu panas tidak pernah membenamkan Ogy ke lubuk
paling dalam, sebaliknya dia sentiasa gagah untuk berdepan dengan
realiti kehidupan. Barangkali kekuatan itu datang daripada semangat
arwah orang tuanya pasangan Biduan Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan
Seniwati Datin Saadiah.
memang kekuatan arwah mak dan ayah sentiasa bersama saya. Saya akan
terus berjuang dalam dunia seni selagi memiliki kekuatan itu. Apabila
sudah hidup sendirian sekarang, saya kena lebih berdikari untuk mencari
rezeki,
No comments:
Post a Comment