Monday, May 16, 2011

Ziana Zain

Siti Roziana Zin
NAMA KOMERSIAL: Ziana Zain
ASAL: Merlimau, Melaka
USIA: 37 tahun
SUAMI: Armin Zaharin, 40 (Ketua Pramugara MAS)
ANAK: Muhammad Aiman, 5, Muhammad Ammar, setahun 10 bulan
LAGU POPULAR: Madah Berhelah, Kemelut Di Muara Kasih, Puncak Kasih, Menadah Gerimis, Syurga Di Hati Kita, Lembah Asmara, Bukan
IKLAN: NutriBeaute, Vono, Omega, Nutrimetics, Slimworld
FILEM POPULAR: Sembilu, Maria Mariana, Merah, Sembilu 2005, Pontianak Menjerit
ANUGERAH: Juara Voice of Asia (Kazakhstan) 1995, Bintang Paling Popular ABP-BH 1995



nak tahu lebih lanjut?? Klik sambungannya




Ziana antara selebriti Malaysia yang paling banyak diburu jurufoto sejak menjadi artis rakaman pada 1991. Pendek mata, kelabu jugalah mata ini apabila hendak memilih foto mana yang terbaik.

Yang pasti, semua gambar itu merakamkan sejuta memori bagi penyanyi Madah Berhelah itu dan pengikut setianya. Bagi yang mengenali Ziana, mereka tentunya dapat melihat perubahan diri Ziana yang selama ini begitu sinonim dengan senyuman meleret, susuk tubuh yang seksi dan kening terjongket!

Ziana ketika dihubungi penulis mengakui penampilan diri dan imejnya mungkin sudah berubah tetapi yang pasti, dia tetap terkenangkan semua kisah lalu ketika mula-mula merangkak menjadi penyanyi.
Pejam celik, pejam celik, dah 14 tahun saya menyanyi (dan berlakon).
Anak pun dah ada dua dan umur saya pun masuk 37 tahun. Tapi setinggi mana pun gunung didaki, saya tidak akan lupa masa susah apabila mula-mula menyanyi. Sebabnya, keluarga saya bukanlah orang berada.

Dulu sebelum ada kereta, saya hanya bonceng motosikal abah (Pak Zain). Pernah sekali sewaktu pulang dari Klang kerana membeli kain (untuk dibuat baju show), motosikal abah rosak di tengah lebuh raya. Jadi terpaksalah saya turun dan tolak motosikal tu di tengahtengah panas terik. Berpeluh jugalah nak dapat sehelai baju ketika itu.

Lama-kelamaan, apabila sudah ada album, saya mula naik teksi dan bagi memudahkan pergerakan, abah chartered sebuah teksi. Kami bayar drebar itu RM100 untuk sehari suntuk dan dengan teksi itulah, saya pergi ke sana-sini sama ada untuk show dan fotosesi,� kata Ziana yang bercakap sambil melayan anak keduanya, Muhammad Ammar.

Mungkin ramai terlupa, sebelum menjadi penyanyi, Ziana pernah menjadi Minah Kilang dengan gaji sekitar RM260 sebulan. Dengan gaji itulah dia membantu keluarga dan selepas ditolak, dia mempunyai lebihan RM90 saja untuk dibelanjakan sehingga hujung bulan.

Bukan setakat kerja kilang, saya juga pernah jadi pembantu di kantin balai polis (tempat ayah bekerja), kerja di kedai bunga, menjadi kerani cabuk, penyambut tetamu hotel dan akhirnya pramugari (Penerbangan Malaysia).

Kemudian barulah saya menyanyi dengan band polis dan akhirnya ditawarkan merakamkan album dengan BMG Music. Kalau dikenang, jalan untuk saya jadi penyanyi bukanlah semudah artis-artis muda hari ini. Mereka (artis baru) lebih bertuah kerana zaman sekarang sudah ada akademi dan guru profesional untuk membimbing mereka.

Malah dalam program Mentor, artis sendiri tampil membimbing protege mereka.

Dulu cikgu saya hanyalah abah saya (Pak Zain) sendiri. Dialah yang menegur malah mengetuk kepala saya kalau menyanyi sumbang. Semuanya kena buat sendiri,� kata Ziana sambil tertawa kecil.

Yang pasti, kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Daripada seorang Minah Kilang yang tiada siapa kenali, Ziana hari ini mampu berdampingan dengan supermodel seperti Cindy Crawford. Semuanya berlaku apabila dia terpilih menjadi duta jam tangan Omega sejak beberapa tahun lalu. Malah di tangannya kini tersarung cantik jam Omega Seamaster bertali kulit yang nilainya tidak kurang RM21,000.

Alhamdullilah, semua ini berkat doa mak abah, suami, peminat dan rezeki anak-anak saya. Satu saja pegangan saya iaitu kita jangan sekali-kali membelakangkan mak bapak.

Buatlah sesuatu dengan jujur dan dengan jalan yang halal, insya-Allah semuanya akan balik kepada kita dalam keadaan yang baik. Itu janji Tuhan kepada kita, hujarnya.

Penyanyi Puncak Kasih dan Lembah Asmara itu juga berpesan, andai kata ingin menjadi artis, seseorang itu kena menonjolkan gaya tersendiri supaya dapat bertahan lama.

No comments: