Tuesday, May 10, 2011

Kenali Artis Kita : Dulu & Kini (RAMLAH RAM)



KELIBATNYA sekejap ada, sekejap tidak. Agak lama menyepi diri, Ramlah Ram tiba-tiba muncul semula berdangdut dengan Selamat Jalan Romeo pada konsert mingguan Akademi Fantasia 3 (AF3), di Stadium Malawati, Shah Alam, hujung bulan lalu. Lagu dangdutnya itu didendangkan pelajar AF3, Akma yang kemudiannya tersingkir.

Bagi peminat Ramlah, kerinduan terhadapnya terubat seketika apabila muncul dalam konsert AF3. Apa agaknya perkembangan terbaru beliau?




揝aya lebih banyak membuat dinner show. Ada juga tawaran merakamkan lagu dengan sebuah kumpulan terkenal dan album ghazal tapi saya masih mempertimbangkannya,� kata Ramlah atau nama mesranya Melah yang kini menetap di Shah Alam, Selangor.

Mungkin hari ini nama Ramlah tidak segah Mawi, Siti Nurhaliza atau pun Misha Omar. Namun sejarah pernah tercipta oleh penyanyi ini apabila albumnya, Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) pernah dijual melebihi 200,000 unit. Untuk artis solo ketika itu, jumlah berkenaan sememangnya satu pencapaian membanggakan (setakat ini, hanya album Raihan, Puji-Pujian yang mencipta rekod apabila mencecah jualan melebihi 600,000 unit!).

Itulah hebatnya Kau Kunci Cintaku yang jelas satu midas touch serta masterpiece Datuk Ahmad Nawab dan Mama Juwie pada 1988. Hari ini, kalau album artis dijual 30,000 unit pun, ia sudah dikira cukup baik.

Mengimbas sedikit kenangan, Ramlah, anak kelahiran Kampung Kesang, Muar, Johor mula mengasah bakatnya menerusi pertandingan Bintang RTM 1985. Dengan tuah baju pinjam yang dipakainya, Ramlah, 20, muncul sebagai juara dengan menewaskan Jamiah Lambed dari Kuching (kedua) dan Jumat Ramlee (Sabah/ ketiga).

Seterusnya, dia dilamar Ahmad Nawab lalu menghasilkan album Sabarlah Sayang dibawah label Nawab Productions (NP) pada 1986. Kemuncak populariti Ramlah ialah dua tahun kemudian apabila merakamkan, Kau Kunci Cintaku hingga lagu itu mengungguli Juara Lagu TV3.

Pada tahun yang sama, Ramlah turut memenangi gelaran Penyanyi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABP).

Pada 1989 muncul pula album solonya, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi diikuti, Duri Dalam Cinta (1990) dan Kau Penawar Segala Dukaku (1991).

Sesudah terjebak dengan kontroversi bersama Ahmad Nawab serta naik turun mahkamah gara-gara kes peribadinya, populariti Ramlah mula goyah.

Namun namanya melonjak semula apabila tampil dengan lagu Selamat Jalan Romeo yang menghangatkan lagi demam dangdut di Malaysia pada pertengahan 1995.

Seperkara lagi yang melengkapkan 'pakej Ramlah Ram' ialah isu dia seringkali dilabelkan sebagai tidak kena apabila berfesyen.

Namun gimik fesyen Ramlah yang tidak akan dapat dilupakan peminat ialah gaun petang berhias hati yang dihiasi lampu (menggunakan bateri) sewaktu menyampaikan lagu Kau Kunci Cintaku pada Juara Lagu 1988.

Baju itu diilham Normah Norell - perunding stail yang banyak membantu memperbaiki imej kampung Ramlah.

Apa yang menarik, nantikan kemunculan Ramlah dalam filem komedi Buli Balik arahan Afdlin Shauki kerana khabarnya ada babak dia memakai baju berlampu! Memang itu nostalgia Melah.

Info Ramlah:
NAMA SEBENAR: Ramlah Ram
USIA: 40 tahun
AYAH: Ram Mohamad
IBU: Fatimah Madon
ASAL: Kampung Kesang, Muar, Johor
KELUARGA: Anak keempat daripada enam beradik

MULA menyanyi ghazal pada usia 15 tahun di kampungnya

PERNAH menjadi Minah Kilang di Tanjung Agas, Muar ketika menunggu keputusan SPM

LAGU yang dinyanyikan ketika uji bakat Bintang RTM di Muar adalah Hati Sepi Seorang Perempuan

ARTIS lain seangkatannya yang menyertai Bintang RTM ialah Klthsom

ORANG yang membantu Ramlah meminjamkan baju ketika final ialah Angrahi Selamat (kakak Syafinaz Selamat)

No comments: